SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ditubuhkan pada hari kemerdekaan negara kita iaitu pada 31 Ogos 1957, antara fungsi-fungsi SPA ialah Melantik, Mengesahkan Perkhidmatan, Kemasukan ke Jawatan Berpencen, Kenaikkan Pangkat, Menukar dan Kawalan Tatatertib.

SPA, Mencapai Sasaran Bantu Mengisi Jawatan Kosong Jabatan Kerajaan

Dijangkakan seramai setengah juta orang pencari jawatan kosong telah membuat permohonan jawatan kosong kerajaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), permohonan kerja kosong kerajaan terbanyak telah diterima dalam kategori perkhidmatan separa perubatan yang melibatkan jawatan kosong seperti jururawat, pembantu perubatan, dan bahagian farmasi. Selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lebih kurang dua ratus enam puluh ribu pemohon telah memohon jawatan kosong kerajaan dalam perkhidmatan separa perubatan yang hanya memerlukan kelulusan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. Selepas merasmikan Pusat Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Perak, Beliau berkata lagi permohonan menggunakan online semakin mendapat tempat terutama di kalangan golongan muda yang rata-rata menggunakan komputer dalam membuat permohonan borang SPA8 Online.

Tambah beliau lagi memohon melalui online tidak dikenakan bayaran berbanding dengan menggunakan borang biasa yang dikenakan bayaran sebanyak lima ringgit bagi setiap permohonan kerja. Pemohon biasanya akan diberitahu mengenai borang permohonan kerja kosong yang telah dihantar dalam tempoh tiga hari bekerja. Setiap permohonan akan sah laku digunakan dalam masa satu tahun dan jika mahu boleh diperbaharui setiap tahun mengikut keperluan calon.

Graduan Universiti Awan dan Swasta Bertambah Setiap Tahun. Kemanakah Halatuju Mereka?

Tahun lepas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui borang spa8i telah menerima hampir satu setengah juta permohonan untuk mengisi pelbagai jenis jawatan kosong kerajaan untuk bahagian perkhidmatan awam dengan 194,975 orang pemohon adalah pemilik ijazah, 316,323 orang pemilik diploma dan pemegang sijil, manakala seramai 1.01 juta orang ialah pemilik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) juga telah mengambil kira-kira lima puluh ribu calon untuk mengisi jawatan kosong kerajaan dalam perkhidmatan awam yang melibatkan 8,524 pemilik ijazah, 13,304 pemilik diploma serta 28,928 pemilik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding hanya seramai 52,369 orang yang diambil pada tahun 2008.

Dalam pada itu, kumpulan pertama kakitangan perkhidmatan awam yang akan mula pencen (bersara) pada umur 58 tahun bermula pada Julai ini akan mengosongkan jawatan yang sedia ada dan memberi peluang kepada pencari kerja kosong ada untuk mendapatkan pekerjaan. SPA meramalkan akan lebih banyak jawatan kosong untuk diisi oleh mereka yang masih belum mempunyai pekerjaan. Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakankan jumlah tepat mereka yang akan pencen tetapi percaya sasaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menempatkan seramai lima puluh ribu orang untuk mengisi pelbagai jenis jawatan kosong dalam perkhidmatan kerajaan tahun ini akan tercapai.

Menurut beliau lagi, Pembukaan pusat temuduga yang pertama di negeri Perak dibuat berdasarkan jumlah permohonan melalui borang spa8i yang begitu menggalak selepas pembukaan pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Kuantan dan Kota Bharu, statistik juga menunjukkan ramai warga Negeri Perak telah diambil bekerja sebagai penjawat awam dalam pelbagai bidang jawatan.

SPA juga merancang untuk membuka lebih banyak lagi pusat temuduga seperti di Johor Bahru, Alor Setar, Miri, Seremban, Sandakan, Sibu dan Tawau bagi memberi kemudahan kepada calon-calon setempat yang akan menghadiri temuduga nanti dan juga kepada kakitangan SPA yang akan terlibat di dalam menjalankan temuduga jawatan kosong kerajaan. Biasanya proses pengambilan adalah tidak lebih dari 8 minggu daripada tarikh SPA menerima permohonan jawatan kosong daripada Kementerian atau Jabatan tertentu. Permohonan jawatan kosong adalah melalui Borang Permohonan Online SPA8i yang telah disediakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Kata Carian Berkaitan Di sini:

spa8 sabah suruhanjaya perkhidmatan awam spa perak 2012 spa perak jawatan kosong 2012 jawatan kosong spa perak 2012 spa 8 perak 2012 spa 8 borang online 2012 kerja kosong di kuantan 2012 jawatan kosong kuantan 2012 spa8 jawatan kosong jawatan kosong kerajaan perak 2012 jawatan kosong kerajaan 2012 perak jawatan kosong spa 8 2012 jawatan kosong di kuantan 2012 kerja kosong kuantan 2012 jawatan kosong perak 2012 spaj jawatan kosong 2012 jawatan kosong suruhanjaya perkhidmatan awam 2012 spaj 2012 jawatan kosong suruhanjaya perkhidmatan awam spa jawatan kosong jawatan kosong jpn sabah 2012 spa8i sabah spa perak jawatan kosong kastam perak 2012 jawatan kosong perkhidmatan awam 2012 kerja kosong kerajaan di perak 2012 spa8i jawatan kosong jawatan kosong suruhanjaya perkhidmatan pelajaran 2012 kerja kosong kerajaan sabah 2012 suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia jawatan kosong spa perak iklan jawatan kosong 2012 borang spa 8 2012 kerja kosong jururawat 2012

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Jawatan Kosong yang Selalu Dilihat: