JobsMalaysia

JobsMalaysia(JMC) dikenali sebagai Hub Perkhidmatan Setempat yang ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan dengan bidang pekerjaan kepada rakyat Malaysia contohnya seperti majikan mencari pekerja, mempromosikan peluang pekerjaan, memberi kaunseling dan bimbingan dalam kerjaya, mendapatkan data bagi kes pekerja yang diberhentikan serta meningkatkan hubungan terus dengan majikan bagi mewujudkan lebih banyak peluang jawatan kosong. Ini seiring dengan lambakan graduan universti awam dan swasta yang kian bertambah setiap tahun.

Ruang pameran Jobsmalaysia yang ditubuhkan pameran kerjaya

JobsMalaysia(JMC) telah mengamalkan kaedah mendekati rakyat yang akan berfungsi sebagai Hub perkhidmatan setempat yang akan memberikan perkhidmatan terus kepada rakyat Malaysia berkaitan dengan peluang kerja kosong dan keupayaan untuk mendapatkan pekerjaan.

Kira-kira seratus ribu orang telah mendapat pekerjaan melalui penggunaan JobsMalaysia Centre (JMC) dalam tempoh kira-kira lima belas bulan iaitu bemula Jan tahun lepas hingga Mac tahun ini,

Angka itu ialah daripada kira-kira tiga ratus ribu orang pencari jawatan kosong kerajaan dan kekosongan sebanyak kira-kira seratus lima puluh sembilan ribu orang telah mendaftar dengan JobsMalaysia dalam tempoh tersebut.

JobsMalaysia Centre (JMC) Mengejar Sasaran

Kewujudan beberapa JobsMalaysia Centre adalah tanda komitmen kerajaan dalam memberikan keutamaan kepada kepentingan dan kesejahteraan rakyat, lebih-lebih lagi mereka yang mencari peluang jawatan kosong kerajaan, ini bukan cakap kosong, tetapi telah terbukti dengan langkah-langkah yang dilakukan dan telah memberi kesan dalam masa yang singkat.

Semua agensi/badan kerajaan, syarikat swasta dan rakyat khususnya akan dapat memanfaatkan segala kemudahan yang telah disediakan oleh Jobsmalaysia Centre (JMC) dan laman JobsMalaysia sebagai sebuah hab utama untuk mendapatkan tenaga kerja di negara ini, khususnya kepada para pencari jawatan kosong kerajaan di Malaysia, Ini dimantapkan lagi dengan perasmian serentak sebelas JobsMalaysia Centre (JMC) di seluruh negara baru-baru ini.

Untuk rekod, Kementerian Sumber Manusia telah menubuhkan sebanyak sebelas Jobsmalaysia Centre (JMC) di seluruh negara iaitu di Cyberjaya, Danga Bay Johor Bahru, Segamat, Pelabuhan Klang, Kelana Jaya, Sungai Petani, Kota Baharu, Ipoh, George Town, Kota Kinabalu dan Kuching. Kementerian Sumber Manusia merancang menubuhkan lebih banyak lagi pusat JMC di masa-masa akan datang.

JobsMalaysia Centre (JMC), yang diwujudkan melalui peruntukan dari Pakej Rangsangan Ekonomi, bertujuan untuk menyokong laman JobsMalaysia dalam memudahkan para pencari kerja kosong yang berminat dengan jawatan kosong kerajaan, tidak ketinggalan juga untuk mereka yang berminat berkerja di sektor swasta.

Penubuhannya juga antara lain bertujuan untuk menyediakan saluran kerja yang sesuai dengan perkhidmatan, memperbaiki proses temuduga dan juga menjalinkan hubungan dengan pihak majikan bagi mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata bagi mengatasi sebarang akibat kesan dari kelembapan ekonomi semasa, kerajaan, melalui pakej rangsangan pertama dan kedua pakej ekonomi, telah berjaya mengurangkan kadar pemberhentian pekerja kepada empat puluh enam ribu orang berbanding seramai dua ratus ribu orang seperti yang diramalkan sebelum ini.

Kejayaan ini telah dicapai, antara lain, melalui program-program Kementerian Sumber Manusia iaitu penubuhan bilik operasi di kementerian dan 80 buah lagi di pejabat tenaga kerja (JTR) di seluruh negara bagi memerhati keadaan pasaran pekerjaan di negara ini.

Melalui program penempatan pekerjaan pula, seramai 22,443 orang pekerja tempatan telah bekerja semula di dalam pelbagai bidang di seluruh negara.

Kerajaan juga telah melaksanakan program latih dan tempat (train & locate) untuk meningkatkan lagi kemahiran pekerja di dalam bidang pekerjaan. Seramai tiga puluh sembilan ribu orang peserta telah mendaftar untuk mengikuti pelbagai kursus kemahiran di lapan puluh dua sektor yang terbahagi kepada tujuh belas industri.

Daripada jumlah itu, sehingga hari ini, seramai dua puluh ribu orang pekerja telah kembali semula ke dalam pasaran kerja dan angka ini dijangka akan terus meningkat selepas para peserta tamat dalam program ini.

Sejajar dengan misi wawasan 1Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat, Perdana Menteri berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) juga telah memperkenalkan empat program tambahan untuk memperkemaskan lagi misi kerajaan itu.

Antara program tersebut ialah penubuhan sembilan puluh sembilan JobsMalaysia Point di seluruh negara bagi memberikan perkhidmatan yang sama kepada pengguna JobsMalaysia Centre (JMC). Juga melalui program pembangunan miskin tegar, kerajaan telah menyediakan peluang jawatan kosong kepada mereka yang terlibat sebagai salah satu langkah untuk membasmi kemiskinan bandar. Mereka akan disalurkan ke bidang pekerjaan tertentu mengikut kelayakan masing-masing. Di harap pelbagai usaha berterusan ini dapat membantu rakyat Malaysia khususnya para pencari kerja kosong yang semakin bertambah setiap tahun.

Kata Carian Berkaitan Di sini:

jawatan kosong di johor bahru 2012 jawatan kosong johor bahru 2012 kerja kosong johor bahru 2012 jmc kota bharu jawatan kosong kerajaan 2012 johor bahru kerja kosong di johor bahru 2012 jawatan kosong 2012 johor bahru kerja kosong di segamat 2012 jawatan kosong di segamat 2012 jawatan kosong kerajaan johor bahru 2012 jawatan kosong kastam johor bahru peluang kerja kerajaan 2012 jawatan kosong segamat 2012 kerja kosong 2012 johor bahru jawatan kosong di segamat johor 2012 jawatan kosong kerajaan 2012 di johor bahru jawatan kosong di kota kinabalu 2012 kerja kosong di kuching 2012 kastam johor jawatan kosong jawatan kosong sungai petani 2012 jawatan kosong di kuching 2012 jawatan kosong di kota bharu 2012 kerja kosong di sungai petani 2012 jawatan kosong kwsp johor bahru 2012 jawatan kosong kerajaan di johor bahru 2012 jawatan kosong kota kinabalu 2012 kerja kosong segamat 2012 mencari kerja kosong di johor bahru jawatan kosong di sungai petani 2012 kerja kosong kerajaan di johor 2012 kerja kosong di segamat jawatan kosong kuching 2012 jawatan kosong di segamat jmc kota bharu jawatan kosong 2012 jawatan kosong 2012 di johor bahru

Comments are closed.

Anda Mungkin Meminati Jawatan Kosong Berikut:

Jawatan Kosong yang Selalu Dilihat: