Yayasan Pahang dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Pahang bagi memenuhi misi, visi dan transformasi Yayasan Pahang.
1. Pembantu Tadbir N17
2. Pembantu Akauntan W17
KETERANGAN AM:
5.1 Borang Permohonan Jawatan Kosong bolehlah didapati dengan memuat turun daripada laman web Yayasan Pahang www.yp.org.my bermula 30 November 2011 (Rabu);
5.2 Pemohon hanya dibenarkan memohon satu (1) jawatan sahaja berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Pemohon DIKEHENDAKI menulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat;
5.3 Borang permohonan yang tidak lengkap diisi (termasuk tiada gambar ukuran passport), tidak melampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan dan lewat diterima daripada tarikh tutup tidak akan dilayan;
5.4 Pemohon yang berjaya disenaraipendek sahaja akan dipanggil temuduga (segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon-calon);
5.5 Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak Yayasan Pahang selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA. Segala surat-menyurat tidak akan dilayan dan keputusan adalah muktamad.
5.6 Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos sebelum atau pada 14 Disember 2011 (Rabu) dengan dialamatkan kepada:
PENGURUS PENTADBIRAN,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur, 26060
Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Syarat-Syarat Lantikan
• Calon hendaklah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Perakaunan atau Sijil Penyimpan Kira- Kira atau lain-lain Sijil Kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan;
• Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai sijil-sijil kemahiran tambahan yang lain terutama dalam bidang komputer, multimedia, grafik, pengurusan perniagaan, perbankan, ekonomi dan kejuruteraan.
• Calon hendaklah seorang yang aktif, berkemampuan dan sentiasa bersedia setiap masa dalam melaksanakan tugas.
• Calon-calon yang memiliki pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun akan diberi keutamaan.