Jawatan Kosong Di Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

Pusat Urus Zakat mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut di Inapan Kasih Sayang (IKS), PUZ. Untuk makluman, IKS merupakan asrama untuk anak-anak fakir miskin. Asrama ini bakal menempatkan seramai 100 orang pelajar darjah empat, lima dan enam dan akan mula dibuka secara rasminya pada sesi persekolahan 2012.

Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan :
1. Warden Asrama Lelaki
2. Warden Asrama Perempuan


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

1. Kepujian Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2. Berumur dari 25 tahun hingga 45 tahun, sihat tubuh badan serta mempunyai kenderaan sendiri.

KEUTAMAAN

1. Mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam menguruskan hal-hal berkaitan pelajar di asrama.
2. Mempunyai latar belakang agama yang baik seperti bersekolah agama dan berkebolehan menjadi imam.
3. Mempunyai keperibadian terpuji, sentiasa komited, teliti dan pro-aktif.
4. Mampu berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik serta mahir menggunakan komputer.

TANGGUNGJAWAB:

1. Memastikan asrama lelaki dan asrama perempuan dalam keadaan bersih dan kemas.
2. Memastikan para pelajar lelaki dan perempuan sentiasa menepati jadual makan minum, solat berjemaah, kelas-kelas agama dan lain-lain.
3. Mendisiplin pelajar-pelajar lelaki dan perempuan supaya mengemas bilik asrama dan mengemas diri sendiri supaya sentiasa dalam keadaan kemas.
4. Memastikan pelajar-pelajar membuat kerja-kerja sekolah dan menghadiri kelas persediaan malam serta tuisyen.
5. Memastikan pelajar-pelajar berpakaian lengkap untuk ke sekolah dan bersedia lebih awal dari kedatangan bas.
6. Memastikan buku-buku sekolah dibawa mengikut jadual.
7. Bertanggungjawab menyerahkan wang saku kepada setiap pelajar pada setiap hari bersekolah dan membuat rekod pengeluaran wang.
8. Selepas para pelajar pulang dari sekolah, pastikan buku-buku disimpan dengan sempurna.
9. Perlu memastikan pelajar-pelajar ke sekolah dan perlu menunggu kepulangan dari sekolah untuk menerima pesanan dari guru masing-masing.
10. Cuti mengikut cuti pelajar pelajar semasa para pelajar tidak berada di asrama.
11. Memastikan pelajar-pelajar dalam keadaan sihat, jika didapati pelajar itu sakit cepat menghantar ke klinik.
12. Berurusan dengan pihak dobi bagi memastikan pakaian sekolah dan pakaian harian pelajar diserahkan dan diterima dengan sempurna.
13. Mengikut arahan pengurusan Asrama Inapan Kasih Sayang dari masa ke semasa.

Borang permohonan jawatan kosong boleh diperolehi daripada ibupejabat Pusat Urus Zakat di Bandar Perda atau dimuat turun melalui laman web ini.

Tarikh tutup permohonan – 10 Disember 2011

VN:F [1.9.16_1159]
Sila beri BINTANG untuk iklan kerja ini:
Rating: 4.5/5 (4 votes cast)
Jawatan Kosong Di Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, 4.5 out of 5 based on 4 ratings

Carian Kerja Berkaitan:

jaipp, jawatan kosong kilang di penang 2012, sabah times jawatan kosong zakat, iklan jawatan kosong kilang, jawatan kosong jaipp, jawatan kosong kilang di pulau pinang, jawatan kosong kerani kilang penang, jawatan kosong kilang penang, spa 8 pulau pinang, kerja kosong kilang di penang, jawatan kosong di jaipp, jururawat di kilang, jawatan kosong di 7 eleven, jawatan kosong jururawat kilang penang, kerja kosong kilang di pulau pinang, kursus komputer di pulau pinang, kelas jahitan di penang, jawatan kosong di kilang pulau pinang, kursus jahitan di penang, jawatan kosong security escort di pulau pinang 2013, jawatan kosong kpj bandar perda, pusat urus zakat bandar perda, zakat pulau pinang, jururawat sl1m, spa8 pulau pinang, jaipp jawatan kosong, kerja kosong di kilang pulau pinang, kerja kilang kosong penang
This entry was posted in Iklan Kerja and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.

Lain-Lain Iklan Jawatan Kosong

  • Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat percetakan yang terkemuka dengan mempunyai 12 cawangan di Malaysia mempelawa induvidu ya
  • Peluang Kerja di MALAKOFF
    MALAKOFF merupakan antara pemain utama dalam industri tenaga tempatan dan global. Melalui kepelbagaian aktiviti, MALAKOFF terus memainkan peranan pent
  • Jawatan Kosong BMW
    BMW Credit (Malaysia) Sdn Bhd adalah ahli bahagian perkhidmatan di seluruh dunia kewangan BMW Group. Menawarkan rangkaian penuh produk kewangan dan in
  • Jawatan Kosong Terkini Pos Malaysia
    Pos Malaysia Berhad sekarang sedang menawarkan kekosongan untuk jawatan kosong sebagai Wakil Jualan Daerah (Regional Sales Representative) di Kuala Lu
  • Kerja Kosong di Plaza Low Yat
    Plaza Low Yat merupakan pusat jualan barangan IT, Telekomunikasi dan digital tekemukan di ibu kota Kuala Lumpur sekarang sedang menawarkan kekosongan
  • Jawatan Kosong Promoter
    Berminat menjadi Promoter? di Parkson terdapat kekosongan untuk jawatan sebagai Promoter. Kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berm
  • Pekerja Teknikal IT diperlukan – RM1200-RM1800
    IT One Superstore Sdn Bhd ialah syarikat yang terlibat dalam penjualan barang dan perkhidmatan berkaitan dengan IT sedang mencari pekerja sebagai IT T
  • Jawatan Kosong Cosmopoint – Eksekutif
    Cosmopoint merupakan kumpulan pendidikan terkemuka di Malaysia dan organisasi latihan, yang terdiri daripada Kuala Lumpur Metropolitan University Coll
  • Peluang Kerja di HeiTech Padu Berhad
    HeiTech Padu Berhad, sebuah syarikat yang senaraikan di papan utama Bursa Malaysia adalah yang terkemuka di Malaysia penyedia penyelesaian ICT dengan
  • Jawatan Kosong Secret Recipe – Pembantu Sumber Manusia
    Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd ialah sebuah perniagaan restoran yang telah berjaya membina jenamanya di Malaysia, Singapore, Indonesia, Thaila